AWAS !! Teknik terbaru merompak pemandu kereta

Kebelakangan ini terdapat dua taktik terbaru yang digunakan untuk merompak anda dan kereta anda.


1) Selit kertas/cardboard/akhbar di wiper cermin belakang
Satu kejadian telah berlaku dimana seorang pemandu masuk kedalam keretanya; buka gear lock, steering lock, start engine dan bersedia untuk memandu apabila ia melihat melalui back mirror dan ternampak satu keratan akhbar yang diselit di wiper cermin belakang. Beliau keluar dari kereta untuk membuang keratan akhbar itu dan diwaktu itu tiga orang lelaki bersenjatakan pisau menyerbu pemandu tersebut. Pemandu itu dipukul, dirompak dan keretanya dirampas (perhatikan bahawa engine kereta tersebut sedang running). .. Tambahan pula perompak telah merampas ! wallet dan beg pemandu tersebut (yang mengandungi kunci rumah) dan mereka boleh terus kerumah pemandu malang itu untuk seterusnya merompak rumah beliau pula..!!! Pemandu malang itu pastinya tidak dapat melakukan apa-apa kerana ia hanya terbaring kesakitan dan tiada handphone untuk membuat panggilan kerana sudah dirampas perompak.Bayangkan jika ia terjadi kepada pemandu WANITA !!! Kemungkinan untuk dirogol dan dibunuh lebih tinggi...Dari itu, sebelum anda meneruskan pemanduan, pastikan:
* Anda membuang terlebih dahulu apa-apa kertas/cardboard/ akhbar dsbgnya yang diselit pada wiper cermin depan dan bela! kang kereta anda
* Apabila masuk kedalam kereta, perkara pertama yang MESTI dilakukan ialah tutup semua pintu dan tekan Central Lock . Selepas itu barulah hidupkan enjin dan buka cermin sebelah pemandu hanya sekadar dua inci sahaja (untuk pengaliran udara)
* Pastikan Handphone "on" sentiasa dan ada cukup credit untuk membuat panggilan. Pastikan terdapat nombor panggilan kecemasan dan nombor balai polis didalam handphone anda.
2) Kertas suratkh! abar dijalan raya
Satu lagi teknik terbaru ialah dengan meletakkan kayu yang telah diletakkan banyak paku tajam ditepi jalanraya yang kemudiannya ditutup dengan suratkhabar/kertas lain. Jika boleh, janganlah anda melanggar kertas tersebut. Apabila ia berlaku, biasanya tayar kereta anda akan pancit dan sebentar sahaja akan sampai satu kereta/trak/van yang menawarkan untuk menolong menggantikan tayar. Biasanya pemandu akan keluar dari kereta untuk melihat keadaan tayar tersebut. Diwaktu itulah mereka akan merompak atau merampas kereta anda atau kedua-duanya sekali. Jika pemandu tersebut adalah wanita ; maka bayangkanlah apa yang boleh terjadi !!!! Oleh itu antara tips penting ialah :
* Jika anda telah terlanggar kertas tersebut dan tayar pancit, cuba hentikan kereta anda ditempat yang ramai orang contohnya berdekatan dengan bus-stop, kedai, sekolah, tempat hentian (kalau di highway) dll. JANGAN melulu keluar dari kereta . Terlebih dahulu telefon POLIS . Kemudiannya call husband/ wife/ tunang/abang/ adik/ ayah/ ibu/ kawan/jiran/saudara-mara dsbgnya . Beritahu polis dan mereka tentang dimana lokasi anda berada sekarang. Jika terdapat kenderaan yang tiba-tiba datang dan menawarkan pertolongan; berkomunikasilah dengan mereka melalui cermin pemandu sahaja. Jangan sesekali keluar dari kenderaan anda !! Buka cermin sedikit dan minta IC mereka. Kemudian tuliskan nombor plat dan jenis kenderaan mereka. Call polis sekali lagi untuk memberi mereka butiran tersebut (nama dan IC orang itu beserta jenis dan nombr plat kenderaan mereka). Pada setiap ma! sa tersebut pastilkan kereta anda didalam CENTRAL LOCK
* Tetapi kalau anda bernasib baik dan selepas menunggu seketika tiada sesiapa yang mencurigakan datang untuk "menghulurkan bantuan" maka anda terus call pihak bantuan kenderaan anda (Sahabat EON / AAM / AIM dsbgnya untuk membantu anda). Duduk didalam kereta sambil menunggu mereka sampai. Menelefon mereka sekadar untuk menggantikan tayar mungkin kedengaran seperti remeh namun ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda. Kita perlu berusaha sebaik mungkin dan menyerahkan nasib kepada Tuhan.
* Jika pihak yang mencurigakan itu tidak mahu memberikan IC mereka dan mereka mula mengancam a! nda dan memaksa anda keluar dari kereta, maka tekanlah hon sekuat hati secara berterusan tanpa henti dan naikkan sepenuhnya cermin sebelah pemandu tadi. Mudah-mudahan ia akan menarik perhatian orang ramai.
Ini bukan rekaan atau spekulasi. Kejadian -kejadian ini telah dan akan berlaku lagi. Anda atau keluarga anda mungkin mangsa seterusnya. Berilah peringatan kepada diri sendiri dan orang yang anda kasihi terutamanya kepada isteri, kakak,adik perempuan, tunang, girlfriend,ibu dan rakan/kenalan wanita yang lain.

Bersama ini ada disertakan attachment nombor telefon pihak berkuasa untuk rujukan anda. Save nombor-nombor tersebut dalam handphone anda. Kalau boleh, print hard copy dan letak dirumah, pejabat dan sat! u salinan didalam kereta anda.

Nombor Telefon Pejabat POLIS

Cawangan Bandar 03-2072 9044
Cawangan Traffik 03-4293 2763
Bukit Aman 03-2262 6222
Ampang 03-4252 2222
Pandan Indah 03-9274 2222
Cheras 03-9284 2222
Dang Wangi 03-2070 2222
Brickfields 03-2274 2222
Petaling Jaya 03-7956 2222
Klang 03-3371 2222
Shah Alam 03-5510 2222
Gombak 03-6138 5222

JOHOR 07-2254 422
MELAKA 06-2854 222
N. SEMBILAN 06-7635 522
PAHANG 09-5902 222
PERAK 05-2451 500
PENANG 04-2221 522
PERLIS 04-9082 222
KEDAH 04-7741 222
KELANTAN 09-7455 622
TRENGGANU 09-6354 722
SABAH 088-212 222
SARAWAK 082-245 522

Taugeh

pilih2 lah taugeh anda.....


hehehehh...........mesti ramai suka makan taugeh.......nak pulak campur
dlm char kuey teow.......hmmm rangup............tapi nak beli taugeh tu
kene buat eksperimen dulula..........

beli sket, jgn makan dulu.........sebaliknya simpan dulu utk 3
hari..........pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane...........dan
kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu............

kepututsan yg mungkin boleh didapati..........lepas 3 hari bau taugeh
tu hanching semacam........bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air
kencing...........dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih
berseri.............kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang
jer, kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup,
sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja........

nih info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2
penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya
nun alip............siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk
disiram pada pokok2 taugeh tu............

dan kenapa taugeh jodik mangsa?.........sebabnya taugeh ni jenis pokok
menyimpan air siraman bulat2 terus dlm batangnya........tak spt sayuran
lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis semasa
proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk
ketanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk
penyerapan zat2 dari baja..............

tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis..............tu sbbnya kalau simpan
dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham..............

so bagitaula kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2
hanching dgn taugeh2 bumiputera.............

Al-Quran Mengajar Kita Ilmu Kesihatan

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga
kesihatan spt membuat
amalan spt:-


Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang
kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh
mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk
(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah
jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita
bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit
selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para
saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari
perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan
bersujud maka darah akan mengalir keruang
berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan
makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama
susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini
terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana
dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala
dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan
ayam bercampur dengan ikan maka terjadi
tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan
bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak
terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda
terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat
percerna makanan, tanpanya makanan tidak
hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa
menyebarkan ilmu
demi kebaikkan insyaallah Allah akan
menggandakan 10 kali
kepadanya.

~*~ JANGAN ~*~

Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


**Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta.Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan**.

Wanita & Lelaki

Maka Diciptakan Lelaki.....
Betapa beratnya menjadi seorang lelaki
Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya (taat kepada ibunya).

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarbersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ....

Asal-usul api di dunia ini

>>
>>Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya
>>kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana
>>kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan
>>Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia
> utk
>>kegunaan nabi adam as.
>>Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada
>>malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
>>
>>
>> >>
>> >>Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api
>> >>neraka
>>utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
>>
>> >>Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
>>
>> >>Jibril : sebesar kurma...
>>
>> >>Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa
> nescaya
>>akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat
> kepanasanya.
>>
>> >>Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah
> kurma...
>>
>> >>Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau
>> >>letakan
>>di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit
> dan
>>tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
>>
>> >>Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap
> Allah
>>untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun
>>memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari ap i
>>neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as un mengambil api neraka
>>sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg
> keterlaluan
>>api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya
>>sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah
sungai.
> =
>>70 x 70
>>
>> >>Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan
> diletakan
>>diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan
>>tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril
> mengambil
>>semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
>>
>> >>Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg
>> >>sering
>>kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di
> gunung
>>berapi dll lagi.
>>
>> >>PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg
>>terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap
>>sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan
> akan
>>kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH
>>SAHAJA.
>>
>> >>MOGA ada manafaat dari riwayat ini.
>> >>INSAFLAH......
>>
>> >>
>> >>wassalam.

KISAH POHON SEMALU

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang
berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :-

Pertama,

pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua,

semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga,

semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Keempat,,

semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.



Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil Moga kita dapat mendapat ikhtibar dari kisah-kisah ini.Insya'Allah.

Perkara Yang Paling Pantas Sekali

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu
permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon
tersebut,
lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga ( beliau tidak sekaya Donald
Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice ).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun
mula berkata " Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza,
calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini "

"Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?"
tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata " FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri
tanpa kita sedari "
" Bagus , satu jawapan yang baik " kata CEO tadi. " Kamu pula ? "
tanyanya kepada calon kedua.

" KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat
apapun, mata kita dah berkelip " jawab calon kedua.
" Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada
sebut
SEKELIP MATA melambangkan kepantasan " kata CEO itu. " Bagaimana kamu
pula? " tanya CEO kepada calon ketiga.

" Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun
bangunan
tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas "
jawab calon ketiga.
" Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu ? "

CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon
ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan
yang
sangat bagus sebentar tadi.

" Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya
rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT " jawab calon
keempat dengan yakin sekali.
" Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana
kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ? " CEO terkejut dengan
jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa
sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau
MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.............."

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat
berkenaan..............
Hehehehehhe........................

Bila Teringat Masa Dolu-dolu

UTK SUMER MEMBER² SKOLA KE...OPIS KE...SESAPE JER...SURE KORANG TERSENYUM BILE BACE BENDA NIH..INTERESTING!
RINDU ZAMAN BEBUDAK DEDOLU...HUHU~


untuk bacaan pada masa lapang...
enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...


kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...
ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Emporium kat jetty......Grand supermarket...Berkat Supermarket - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok kat Bagan laa
time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? menatang hapalah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Tora, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan J asma ni, PJ. main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi... bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time
kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe
YAA, KITA PUN DAH SEMAKIN TUA!!

Teringat zaman2 dulu kan ?
Waaaaaaaaaaaaa.......rindunyaaa...nak pi skolah balikkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!

Soalan Yang Kerap di Tanya

Soalan Yang Kerap di Tanya


* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye" .

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?".

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan
aku bergerak sendiri" .

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?" .

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie...opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis".

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X...ko
tunggu jap nanti otromen kuar".

moral of the story....dah tau...jgn ler tanyer.....