Perkara Yang Paling Pantas Sekali

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu
permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon
tersebut,
lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga ( beliau tidak sekaya Donald
Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice ).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun
mula berkata " Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza,
calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini "

"Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?"
tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata " FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri
tanpa kita sedari "
" Bagus , satu jawapan yang baik " kata CEO tadi. " Kamu pula ? "
tanyanya kepada calon kedua.

" KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat
apapun, mata kita dah berkelip " jawab calon kedua.
" Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada
sebut
SEKELIP MATA melambangkan kepantasan " kata CEO itu. " Bagaimana kamu
pula? " tanya CEO kepada calon ketiga.

" Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun
bangunan
tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas "
jawab calon ketiga.
" Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu ? "

CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon
ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan
yang
sangat bagus sebentar tadi.

" Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya
rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT " jawab calon
keempat dengan yakin sekali.
" Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana
kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ? " CEO terkejut dengan
jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa
sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau
MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.............."

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat
berkenaan..............
Hehehehehhe........................

0 comments: